Thursday, October 23, 2008

SOCSO

Hari ini aku join SOCSO...duduk dalam 1 bilik dengan seorang pakar dan seorang lagi teman sejawat. SOCSO hari ini akan memanggil 3 pesakit yang mempunyai ilat yang mana mereka tidak mampu lagi untuk bekerja seperti sebelumya.
Pesakit pertama mengalami kecederaan 3 tahun lalu di kepala. Pembedahan telah dibuat. Dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan, sekarang tak mampu bekerja lagi seperti biasa. Dengan ditemani isteri, kami menemuramah mereka. Kesian, anak sulong terpaksa membatalkan niat ke universiti kerana pada ketika itu ayahnya terlibat kemalangan. Anak sulongnya kini bekrja sebagai kerani di sebuah pejabat kecil. Si isteri teresak-esak mengharapkan agar permohonan SOCSO suaminya diluluskan memandangkan suaminya tidak mampu ditinggalkan bersendirian di rumah. Dan beliau memang berhak mendapatkan SOCSO.
Pesakit kedua merupakan pesakit yang mempunyai brah otak sudah 6 tahun. Kalau dilihat dari luaran, memang nampak macam orang biasa. Tapi beliau sudah tidak dapat melihat dan mendengar. Si isteri juga teresak-esak menangis walaupun tetap cuba menahan sebak ketika diminta bercerita. Setiap hari isteri akan menghantar suaminya ke rumah ibu mertua sementara dia bekerja menampung keluarga.
Cukupla dua cerita kehidupan ini benar-benar boleh menginsafkan... I wish I could help them...cuma aku berdoa untuk kesejahteraan para pesakitku dan yang lain-lain.
"kadang-kadang ketika tak mampu menyelami bila ia masih belum di atas bahu kita...maka bersyukurlah sentiasa"

2 comments:

ihsan_huhu said...

menarik gk kje camtuh...

husna afifi said...

ish
sedeh nye keje cmni
sib baik awal2 lg dh refuse utk jd doc
hahaha
jd akitek la
br poyo
perasan bagus
wahahahahahha