Monday, December 22, 2008

kurang 1 minggu

alhamdulillah...zaki selamat dah dinikahkan pada 20 disember dalam upacara pernikahan yang sangat gilang gemilang... mujur kerajaan laut seperti mermaid saja yang x muncul, yang lain perfect....:)
dan semakin dekatlah aku menghampiri hari-hari ku...semua orang bertanya kan tentang perasaan ku, berdebar2 x? gembira x? dan ape yg aku boleh jawab sekarang...boleh tak aku nak hentikan masa sekarang jugak....????
bukan x nak jadi isteri orang, tapi banyak nya tanggungjawab lepas ni di kala aku masih baru bertapak di dunia bedah otak dan saraf, di kala aku masih baru memegang " hudson brace" untuk membuat burrhole dengan behati-hati di tulang kepala seseorang...ketika aku baru mengamati bagaimana memasukkan "propen" untuk membuat aliran cairan otak di kepala pesakit, ketika aku masih meraba-raba membaca "ct-brain" yang entah "haemorrhagic trasformation" atau "resolving basal ganglia bleed", di kala aku sedang bercuti tetapi aku gagahkan juga diri untuk datang ke " morning conference" setiap pagi demi ilmu yang aku tak pasti bila aku akan dapat lagi, dan di kala aku mempunyai banyak senior-senior yang x lokek ilmu untuk tak jemu- jemu mengajar aku...maka aku......harus berdiri dan meneruskan kehidupan...
di sisi lain bolehkah aku berkongsi hidup dalam keadaan sekarang... sediakah aku untuk menerima seseorang selama hidupku...sediakah aku untuk menjadi isteri yang baik....
doaku semoga aku berjaya di kedua-duanya....dan yang tetap akan meneruskan hidupku addalan aku dengan perasaanku sendiri.....hmmmm